Blogger Template by Blogcrowds

Tanggal 3 Julai 2005 pasti akan dikenang sampai bila-bila oleh kita semua kerana pada tarikh ini la pertemuan pertama antara kita semua di bawah payung program Bioteknolgi Makanan. Pendaftaran kemsukan ini adalah di asrama Riviera 2 yakni di pandan indah. Pertama kali menjejak kaki ke Riviera pasti semuanya mengalami kejutan yang teramat sangat. Keadaan asrama yang amat mendukacitakan semasa itu. Al-maklumla kita semua rata-rata dari matrikulasi yang serba cantik dan indah tempatnya, tiba-tiba di tawarkan belajar di sini. Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami kerana kedatangan kami ke sini adalah untuk menuntut ilmu bukannya bergembira. Orientasi pelajar bermula. Semua program yang di anjurkan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kami terpaksa berjalan kaki melintas jalan beramai-ramai menuju ke tempat tersebut. Terima kasih kepada fasilitator @ 'traffic officer' yang mengawal lalu lintas supaya kami selamat sampai ke dewan MPAJ.
Satu peristiwa yang masih teringat dalam kepala otak moderator adalah tentang salah seorang rakan kita. Beliau ini datangnya dari utara. Semasa itu adalah waktu maghrib, dimana semua student kena turun bersembahyang jemaah. Waktu masih belum masuk. Kawan kita yang seorang ni tengah sibuk cerita pasal seorang 'brader' yang dia agak bengang la.'brader' ini namanya KAMEIN RAIDER (gelaran yang diberi oleh budak-budak ni). tengah duk sibuk bercerita pasal brader ini, tiba-tiba brader ni betul-betul muncul di hadapan kawan kita ni. Ingatkan marah ke apa rupanya dia suruh kawan kita ni azan. Kawan kita ini tadi dahla tengah sedap kutuk dia, tiba-tiba kena azan oleh brader ni.
p/s: amek hang sape suh kutuk orang, kan dah kena..haha..

Orientasi ini berlansung selama tiga hari. pelbagai aktiviti diadakan. ada yang berfaedah dan ada juga yang cuma membuang masa. walaubagaimanapun kami tetap seronok sepanjang orientasi ini meskipun dalam hati berfikir macam-macam tentang tempat ini.

Tiba-tiba kami mendapat tahu yang penginapan sebenar kami bukan la di sini selamanya. sebaliknya kami akan di pindahkan ke KPTM bangi kerana kampus untuk Fakulti Sains dan teknologi adalah disana. Syukur Alhamdulillah..Hari Khamis kami akan bertolak ke Bangi. Pada malam sebelumnya satu upacara ringkas membaca ikrar taat setia pada universiti dan nyanyian lagu Universiti. Juga tidak di lupakan lagu YA BALADI.

Pada pagi khamis kami bertolak ke Bangi menggunakan Bas Sekolah..Bas Sekolah??
Selamat Tinggal Riviera..Tp kami akan kembali untuk tandatangan perjanjian PTPTN.

p/s: kalau kawan-kawan semua masih ingat cerita ini harap dapat kita berkongsi kt shout sebelah..next post kita cerita pasal kat bangi pulak..

Konvokesyen ke-7

Asslamualikum rakan-rakan sekalian..
Moderator rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan semua di atas kejayaan memperoleh ijazah.Tanggal 1 Ogos 2009 pasti tidak dapat kita lupakan kerana detik bersejarah perjuangan selama 4 tahun di Universiti akhirnya berakhir dengan kejayaan. Detik manis dan kenangan selama 4 tahun bersama diharap dapat di kenang oleh rakan-rakan semua apabila berada di dunia luar yang penuh cabaran dan dugaan.
Tahniah sekali lagi kepada rakan-rakan semua.

p/s: gambar dalam proses pengumpulan.

Shahrul Hafifi


pemuda segamat yang mengakui dirinya org utara.aku pun xpaham nape.bekas pelajar smkak dan kisas.kemudian meneruskan pengajian nya ke matrikulasi negeri sembilan.akhirnya terpilih ke KUIM (nama masa mula-mula join), sekarang dah USIM.pemuda konservatif tapi bersifat penyayang.kadang-kadang membuat orang di sekitarnya sakit hati jika tidak biasa bersamanya.beliau pernah menjawat jawatan sebagai pengarah HaFoS 2008.beliau masih bujang tapi mungkin akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.insyaallah..

p/s: harap kawan-kawan semua dapat komen pasal budak ni..next week kawan kita seterusnya..nantikan..

Assalamualaikum w.b.t..
syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya blog ini berjaya di wujudkan.walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia dapat mengukuhkan persahabatan kita yang terjalin selama 4 tahun. terlebih dahulu moderator ingin mengajak rakan-rakan sekalian untuk memeriahkan blog ini.kita boleh berkongsi pandangan dan rancangan waktu sekarang.untuk post yang pertama ini moderator berasa sesuai agaknya untuk memperkenalkan setiap daripada kita.moderator akan menyiarkan biodata serba sedikit setiap orang dari FST Food Biotech 2nd batch (04-09).

kepada rakan-rakan sekalian yang berminat untuk berblog bersama dengan moderator jangan segan silu untuk pm moderator dengan segera.mungkin moderator tidak ada masa untuk meng'update' blog, jadi rakan-rakan yang lain boleh membantu.rakan-rakan yang mempunyai pandangan atau idea juga jangan segan silu untuk memberi pandangan anda dengan email atau pm moderator.

sampai disini sahaja pengenalan kepada blog ini.kita akan teruskan dengan agenda pertama kita.
sayonara
wasalam.