Blogger Template by Blogcrowds

Tanggal 3 Julai 2005 pasti akan dikenang sampai bila-bila oleh kita semua kerana pada tarikh ini la pertemuan pertama antara kita semua di bawah payung program Bioteknolgi Makanan. Pendaftaran kemsukan ini adalah di asrama Riviera 2 yakni di pandan indah. Pertama kali menjejak kaki ke Riviera pasti semuanya mengalami kejutan yang teramat sangat. Keadaan asrama yang amat mendukacitakan semasa itu. Al-maklumla kita semua rata-rata dari matrikulasi yang serba cantik dan indah tempatnya, tiba-tiba di tawarkan belajar di sini. Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami kerana kedatangan kami ke sini adalah untuk menuntut ilmu bukannya bergembira. Orientasi pelajar bermula. Semua program yang di anjurkan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kami terpaksa berjalan kaki melintas jalan beramai-ramai menuju ke tempat tersebut. Terima kasih kepada fasilitator @ 'traffic officer' yang mengawal lalu lintas supaya kami selamat sampai ke dewan MPAJ.
Satu peristiwa yang masih teringat dalam kepala otak moderator adalah tentang salah seorang rakan kita. Beliau ini datangnya dari utara. Semasa itu adalah waktu maghrib, dimana semua student kena turun bersembahyang jemaah. Waktu masih belum masuk. Kawan kita yang seorang ni tengah sibuk cerita pasal seorang 'brader' yang dia agak bengang la.'brader' ini namanya KAMEIN RAIDER (gelaran yang diberi oleh budak-budak ni). tengah duk sibuk bercerita pasal brader ini, tiba-tiba brader ni betul-betul muncul di hadapan kawan kita ni. Ingatkan marah ke apa rupanya dia suruh kawan kita ni azan. Kawan kita ini tadi dahla tengah sedap kutuk dia, tiba-tiba kena azan oleh brader ni.
p/s: amek hang sape suh kutuk orang, kan dah kena..haha..

Orientasi ini berlansung selama tiga hari. pelbagai aktiviti diadakan. ada yang berfaedah dan ada juga yang cuma membuang masa. walaubagaimanapun kami tetap seronok sepanjang orientasi ini meskipun dalam hati berfikir macam-macam tentang tempat ini.

Tiba-tiba kami mendapat tahu yang penginapan sebenar kami bukan la di sini selamanya. sebaliknya kami akan di pindahkan ke KPTM bangi kerana kampus untuk Fakulti Sains dan teknologi adalah disana. Syukur Alhamdulillah..Hari Khamis kami akan bertolak ke Bangi. Pada malam sebelumnya satu upacara ringkas membaca ikrar taat setia pada universiti dan nyanyian lagu Universiti. Juga tidak di lupakan lagu YA BALADI.

Pada pagi khamis kami bertolak ke Bangi menggunakan Bas Sekolah..Bas Sekolah??
Selamat Tinggal Riviera..Tp kami akan kembali untuk tandatangan perjanjian PTPTN.

p/s: kalau kawan-kawan semua masih ingat cerita ini harap dapat kita berkongsi kt shout sebelah..next post kita cerita pasal kat bangi pulak..

1 Komen:

Older Post Home